Wednesday, 5 August 2015

Produk Pendidikan Kewangan - Introducing Money Genius Kit

Permainan Buatan Malaysia ala-ala Monopoly....


Memperkenalkan produk hasil kajian Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Professor Madya Dr Mohamad Fazli bin Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli atas inisiatif untuk meningkatkan kesedaran golongan ibu bapa dan pendidik berkaitan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah.

Kit ini mengandungi 10 permainan interaktif disusun mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, selain dilengkapi dengan informasi dan langkah pelaksanaan bagi memudahkan ia diguna.

Kit ini juga sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran di rumah atau sekolah dan aktivitinya boleh dilakukan secara bersendirian, bersama rakan dan keluarga.

Secara mudahnya setiap aktiviti dalam kit ini akan menerapkan nilai-nilai murni seperti menderma dan sedekah melalui permainan Profesor Bijak Wang yang seakan-akan monopoli.

Dapatkan satu untuk permainan berinformasi di rumah anda. Hubungi saya untuk keterangan lanjut;

SMS, call , wasap En Zul 012-2673095 atau emel kepada gbwperak@gmail.com.

Bahagian Hadapan Kit



Bahagian Belakang Kit

No comments:

Post a Comment